Sunday, October 19, 2008

Sejarah Seni

BIDANG yang dikaji oleh sejarah seni sebagai satu disiplin agak luas kerana yang terlibat di dalamnya ialah sejarah dan seni. Kita harus maklum bahawa konsepsi tentang sejarah tidak ada yang mutlak dan menyeluruh. Pensejarah yang yakin pada hokum-hukum dialektika materialism tidak akan bersetuju dengan pensejarah yang yakin pada teori domino. Kedua-duanya akan memberi pandangan yang berbeza umpamanya terhadap pergolakakn yang sudah dan sedang berlaku di Asia Tenggara. Mereka berbeza dari segi pendekatan,penekanan,dan penghuraian. Begitu juga halnya dengan seni. Seni sebagai satu bidang mempunyai masalah-masalahnya sendiri. Apabila orang menghadapinya sebagai satu disiplin maka masalah-masalah mempunyai latihan dan pandangannya sendiri.
Kita berminat pada hal yang mengesahkan sejarah seni sebagai satu disiplin kemanusiaan yang juga menerangkan peranan seni dalam hidup manusia. Hal di dalam disiplin ini ialah : stail, periode, ikonografi, dan biografi seniman. Percantuman hal-hal inilah yang member struktur kepada pengkajian yang merupakan salah satu hasil pemikiran Renaissance di Eropah. Giorgio Vasari (1511-1574) digelar ‘bapa’ sejarah seni kerana menulis buku Lives of the Artists. Di dalamnya terkandung riwayat hidup para seniman seprti Giotto, Della Robbia, Lorenzo,Ghiberti, Donatello, Fra Angelico Botticelli, Mantegna, Leonardo da vinci, Permigiano, Titian dan Michaelangelo serta huraian-huraian tentang karya mereka. Konsep genius mendapapt olahan yang istimewa; Michaelangelo dikatakan digoda oleh divine frenzy. Konsep ini sudah lama dipopularkan oleh gossip, cerita rekaan, novel dan filem-filem Hollywood sehingga menjalar masuk ke dalam budaya kita. Kalau tidak bermotivasi untuk melukis, kita akan kata tidak ada ‘inspirasi’.
Daripada kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, seni membawa maksud karya (sajak, lukisan, muzik dan seumpamanya) yang diciptakan dengan bakat (kecekapan),hasil daripada sesuatu ciptaan.Mengikut tafsiran yang dibuat oleh pelukis-pelukis barat di mana telah menjadi ikutan diseluruh dunia adalah seni halus merupakan suatu penghargaan terhadap objek-objek seni iaitu seperti catan, lukisan, cetakan, dan arca.

Mulliyadi Mahmod mendefinisikan seni pula sebagai sebahagian daripada kebudayaan yang merangkumi aspek-aspek kehidupan manusia.Seni yang boleh mewujudkan kesejahteraan hidup adalah seni yang bersesuaian dengan nilai-nilai agama dan masyarakat.

Namun begitu, pengertian seni adalah meluas dan besar. Ia boleh dikatakan kemahiran dan kefahaman terhadap penggunaan bahan penghasilannya. Ia juga merupakan suatu luahan yang terpendam dijiwa dan terjemahan minda. Boleh dikatakan sebagai alat komunikasi antara seniman dan masyarakat dan dapat mewujudkan satu perkongsian matlamat yang hendak dicapai. “Puisi itu adalah seni yang pandai berkata-kata dan seni pula adalah puisi yang bisu tetapi ada ceritanya” (G.E Lessing – Tokoh falsafah German).

Menurut Worringer (ahli teori pensejarahan seni ), psikologi banyak memberi kesan yang mendalam dan mempengaruhi dalam seni. Sesuatu karya itu berpunca dari perasaan suka, asyik, takut, dan benci.Beliau menegaskan,cirri-ciri batiniah serta fikiran memang menjadi faktor dalam sesebuah karya.Keadaan batiniah sebagai kuasa gerak kesenian atau gerak hati kesenian atau dapat pula dikatakan sebagai dorongan kesenian. Tanpa dorongan ini, tiadalah aktiviti kesenian . Luahan emosi ini samada penuh berkeyakinan atau renggangnya perhubungan seniman dengan alam bergambar dalam tiga cara tampak iaitu warna , ruang dan bentukan.
Selain itu, ada juga beliau menyimpulkan bahawa “……selama-lamanya seni yang sebenarnya itu adalah guna memuaskan batiniah yang mendalam, bukan gerak hati kearah peniruan, yang merupakan kesukaran meniru model alam”.

No comments: